Petua Membuat Kek Keju



Petua Membuat Kek Keju


  1. Suhu

    - Suhu yang tinggi menjadikan kek keju merekah dan tidak cantik. Suhu yang sesuai adalah di antara 160 - 170 deg C dan dibakar selama 45 minit - 1 jam.
  2. Membakar

    - Kaedah steam bath / bain marie / double boil: meletakkan loyang berisi kek di dalam satu lagi loyang berisi air panas. Kaedah ini adalah untuk mengimbangi suhu dan mengelakkan kek menjadi hangus. Jangan sesekali membuka pintu ketuhar semasa membakar kek keju. Setelah masak, tutup suis oven, dan renggangkan sedikit pintu oven. Ini adalah untuk menyeimbangkan suhu ketuhar dan suhu bilik secara tidak mendadak, membiarkan kek menyejuk dengan baik dan tidak merekah. Kek yang dibakar dengan cara ini lebih lembab dan berkrim. Kek keju masih lembut setelah dibakar. Ia perlu direhatkan selama beberapa jam (4 jam/semalaman) supaya menjadi pejal. Untuk mengelakkan kek retak semasa penyejukan, longgarkan tepi kek daripada loyang menggunakan pisau yang tajam.
  3. Mengadun

    - Krim keju harus dibiarkan lembut pada suhu bilik sebelum mengadunnnya. Ia hendaklah diputar dengan licin sebelum menambah  bahan lain seperti telur, krim, yogurt, jus dan sebagainya. Sebaik bahan cecair ditambah, keju akan menjadi berketul2c dan susah hendak disebatikan. Jika adunan menggunakan putih telur atau krim yang perlu diputar dahulu, kaup balikkan sahaja di dalam adunan.
  4. Menyimpan

    - Bungkus kek keju dengan aluminium foil atau plastic wrap sebelum disimpan di dalam peti sejuk, kecuali loaf, kek cawan atau chiffon. Ini dapat mengelakkan kek keju dari menjadi kering dan menyerap bauan dari dalam peti sejuk. 
  5. Memotong

    - Kek keju tidak boleh dipotong terus selepas dikeluarkan dari peti sejuk. Ia adalah lembut dan melekit. Ia perlu direhatkan dahulu. Gunakan pisau yang dibilas dengan air panas.

No comments:

Post a Comment